Pengumuman terkini

Pengetahuan

PRINSIP PENDAWAIAN ELEKTRIK

Setiap pendawaian elektrik secara asasnya memerlukan 3 punca utama :-
  • Punca Life (Hidup) - warna kabel (Coklet-utk plag, merah@biru@kuning@hitam-utk pendawaian   domestik dan industri)
  • Punca Neutral - warna kabel ( hitam@biru-utk plag, hitam-utk pendawaian domestik atau industri)
  • Punca Bumi - warna kabel (hijau@kuning-utk plag, hijau untuk pendawaian domestik dan industri)
>> Punca life adalah paling merbahaya kerana ianya litar hidup..matikan suis utama sebelum membuat apa2 kerja berkaitan elektrik untuk keselamatan dan boleh meragut nyawa...
 
>> Jika kita hendak membuat pendawaian mudah kat rumah (seperti pendawaian plug)..sila pastikan punca2 tersebut berada pada tempat yang betul dengan mengenali warna kabel tersebut...

SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIK


Pendawaian elektrik boleh dilakukan sama ada secara terdedah ataupun tersembunyi. Pendawaian secara tersembunyi lazimnya dilakukan semasa pembinaan bangunan dengan membuat alur untuk dawai elektrik pada dinding bangunan. Namun demikian, kelemahan utama kaedah ini ialah pengguna mungkin menghadapi risiko kejutan elektrik sekiranya pengguna memaku atau memasang skru pada dinding, misalnya untuk memasang rak buku ataupun penyangkut baju. Dahulunya, kabel elektrik yang digunakan disalut dengan penebat getah, tetapi kemudiannya digantikan dengan PVC kerana penebat getah tidak tahan lama serta mudah rapuh dan haus mengikut masa.
Di Malaysia, kabel yang ditetapkan bagi tujuan pendawaian adalah berpenebat PVC serta berpengalir kuprum atau aluminium tetapi bagi kabel dengan luas keratan rentas pengalir kurang daripada 16 mm², hanya pengalir kuprum sahaja yang dibenarkan.

Perlindungan arus
Terdapat tiga bentuk perlindungan yang disediakan pada unit pengguna dalam sistem pendawaian elektrik daripada bahaya yang disebabkan oleh arus elektrik seperti litar pintas, kilat, arus berlebihan ataupun kebocoran arus elektrik, iaitu:-
  • Suis utama - Pensuisan serta perlindungan daripada arus berlebihan
  • Pemutus litar bocor ke bumi (ELCB) - Memutuskan litar jika berlaku kebocoran arus elektrik ke bumi
  • Fius elektrik / pemutus litar kecil (MCB) - Memutuskan litar sekiranya berlaku lebihan arus elektrik
Sebagai tambahan, peralatan elektrik yang menggunakan piawaian BS 1363 iaitu melalui plag piawaian 13 ampere turut dilindungi fius 13 A sebagai perlindungan tambahan daripada lebihan arus elektrik.

Pemasangan mata suis dan soket
Kesemua suis dan soket yang digunakan dalam sistem pendawaian di Malaysia direka bentuk untuk dimuatkan pada kotak pemasangan piawai berbentuk segiempat sama, bersaiz 86 mm x 86 mm, seperti yang tertakluk pada piawaian BS 4662. Terdapat juga kotak pemasangan berkembar bersaiz 143 mm x 86 mm bagi menempatkan dua petak suis atau soket piawai.
Mata soket yang digunakan direkabentuk untuk digunakan oleh plag piawai 13 ampere Jenis G (BS 1363) serta dilengkapi dengan suis. Terdapat juga peralatan elektrik yang menggunakan plag 2 pin 2.5 ampere (Jenis C; juga dikenali sebagai "Europlug") yang boleh dipalamkan ke soket BS 1363 menggunakan penyuai khas. Bagi peralatan berarus lebih tinggi seperti pendingin udara, biasanya soket 15 ampere Jenis M (BS 546) digunakan.

Pembumian
Pendawaian elektrik mestilah dibumikan bagi menyediakan perlindungan kepada pengguna daripada bahaya renjatan elektrik akibat kebocoran arus elektrik ke bumi dengan menyediakan laluan berintangan rendah ke bumi. Komponen utama pendawaian (yang tidak membawa arus, seperti pembuluh logam), rangka bumbung yang diperbuat daripada logam serta peralatan elektrik (terutamanya yang menggunakan motor elektrik serta unsur pemanas) adalah antara komponen yang wajib dibumikan.