Pengumuman terkini

Monday, 14 November 2011

KESELAMATAN ELEKTRIK ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Dalam era kehidupan masa kini, tenaga elektrik merupakan keperluan asasi untuk menikmati nilai hidup yang lebih selesa dan berdaya maju seiring dengan peredaran masa serta perubahan alam sekitar.

Namun begitu, kita harus sedar bahawa elektrik amat berbahaya dan boleh membawa maut sekiranya disalahguna.


Berikut adalah antara contoh-contoh keadaan yang terdedah kepada bahaya elektrik:-
  •     Pepasangan dilakukan oleh orang yang tidak kompeten.
  •     Mengganggu pergerakan jangka.
  •     Membuat penyambungan dari rumah ke rumah.
  •     Melakukan penyambungan terus ke pepasangan SESB.
  •     Pepasangan dalam premis tidak diuji secara berkala.
  •     Menyambung beban tambahan tanpa kebenaran.
  •     Radas dan pendawaian yang tidak selamat ataupun tidak terlindung.
  •     Sistem pembumian (earthing) tidak diperiksa.
  •     Melakukan penyambungan tanpa jangka (tidak berdaftar).
  •     Menggunakan bahan atau pepasangan yang bermutu rendah ataupun tidak berkualiti. 


    No comments:

    Post a Comment